Tugasan: HURAIKAN SECARA TERPERINCI KEPENTINGAN, POTENSI DAN CABARAN PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN DI MALAYSIA.
PENDAHULUAN
1.0: PENGENALAN BIDANG PERTANIAN DI MALAYSIA.
Menurut Kamus Dewan, perkataan pertanian adalah terhasil dari kata nama tani yang bermaksud perihal bertani, tanam-menanam atau perusahaan bercucuk tanam. Pertanian merupakan satu kegiatan penanaman tumbuhan dan pokok-pokok yang boleh memberikan hasil kepada manusia. Pertanian merupakan aktiviti yang penting di dunia dalam sesebuah negara kerana boleh menjana pendapatan yang lumayan. Pertanian merupakan aktiviti ekonomi dunia yang sangat penting. Keseluruhan jumlah penduduk di dunia ini, sebanyak 45% daripada melakukan aktiviti pertanian sebagai bidang kerja mereka.
Di samping itu, pertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan harian manusia dari segi sumber makanan, ekonomi ataupun kewangan. “Pertanian adalah perniagaan” merupakan satu slogan yang amat popular. Slogan ini bermatlamat untuk mentranformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian. Secara amnya, sektor pertanian adalah sektor yang berdaya saing kerana di Malaysia beriklim khatulistiwa, cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun dan banyak tanah yang subur untuk tanaman. Justeru, pelbagai dasar pertanian telah diwujud oleh pihak kerajaan bagi menggalakkan pembangunan sektor pertanian di negara.
Selain itu, pertanian juga merupakan salah satu bidang yang melibatkan geografi di mana keperluan mengkaji dan menghuraikan perbezaan bagi kawasan meliputi tanaman di atas permukaan bumi kita. Pertanian berkait rapat dengan kehidupan manusia di muka bumi apabila jumlah manusia semakin meningkat dan mempunyai pelbagai cita rasa. Pada peringkat wal, masyarakat manusia hanya bergantung kepada aktiviti memburu dan mengumul makanan tidak membiak dengan ramai kerana tidak berkemampuan menyediakan sumber makanan dan gantian yang banyak. Berbanding dengan masyarakat yang moden, aktiviti pertanian yang produktif, kreatif dan inovatif adalah penting dalam penghasilan sumber makanan yang banyak. Aktiviti pertanian juga memerlukan penjagaan rapi kerana tanaman tidak dapat dibiarkan seperti semula jadi.
ISI-ISI
2.0: KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN DI MALAYSIA.
Pada era moden kini, sektor pertanian penting terhadap pembangunan sesebuah negara kerana industri ini akan mendatangkan pelbagai faedah. Di Malaysia, industri pertanian mula dibangunakan secara proaktif pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi menerusi Rancangan Malaysia ke-5. Pada masa kini, Malaysia telah dapat membangun dengan pesat selaras dengan kemajuan dalam industri pertanian. Industri pertanian mampu megubah taraf sesebuah negara kalau diceburi dengan lebih mendalam.kebanyakan negara-negara maju dunia juga teah menyedari akan kepentingan industri pertanian. Sebagai contoh, negara Malaysia kini terkenal sebagai pengeluar minyak kepala sawit atau getah di dunia. Bidang pertanian memainkan peranan penting dari aspek sosial, politik dan ekonomi.
Sektor pertanian merupakan bekalan mentah yang amat penting kepada sektor ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan dan juga bekalan makanan yang cukup kepada masyarakat. Contohnya, malaysia menjadikan beras sebagai makanan utama. Oleh itu, kerajaan berusaha menghasilkan padi dua kali setahun untuk memenuhi permintaan masyarakat dan kurangkan import beras dari negara jiran Thailand. Kos pengeluaran dapat diminimumkan untuk pengeluaran optimum kerana harga bahan mentah yang dibekalkan oleh sektor pertanian adalah lebih murah berbanding pasaran antarabangsa. Kita dapat menikmati harga makanan yang rendah atas hasil sumbangan sektor pertanian dan ekonomi yang seimbang.
Bidang pertanian juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan pendapatan negara di Malaysia. Setiap tahun, Malaysia akan mengeksport produk pertanian yang bernilai billion-billion. Pulangan yang diperolehi oleh negara melalui industri pertanian meningkat setiap tahun. Hasil perindustrian yang banyak dan berkualiti mampu meningkatkan pendapatan negara dengan pengeksportan ke luar negara. Contohnya, salah satu produk pertanian popular di Malaysia adalah teh. Penanaman daun teh di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland telah menyarum nama Malaysia sebagai negara pengeluar daun teh yang berkualiti di Asia. Pendapatan eksport daripada jualan hasil pertanian sperti getah, koko dan kelapa sawit akan membawa masuk wang asing dan meningkat nilai mata wang di negara.
Selain itu, perniagaan yang berasaskan pertanian adalah penting kerana ia mampu mengembangkan industri-industri desa. Hal ini terbukti melalui penubuhan industri kecil sederhana (IKS) yang telah membentuk penduduk di luar bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan juga telah melancarkan program “Satu Daerah Satu Industri: yang memberi tumpuan kepada sektor pertanian di negara. Kini, ramai rakyat Malaysia telah menceburi dalam bidang pertanian dengan bantuan Kementerian Pertanian. Pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk membantu golongan luar bandar dan meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar melalui sektor pertanian. Jelasnya bahawa industri pertanian mampu mengembangkan industri desa serta menaikkan taraf hidup rakyat di luar bandar.
Di samping itu, bidang pertanian penting dalam meningkatkan atau memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di negara Malaysia. Bidang pertanian memainkan peranan penting untuk menyelesaikan masalah pengangguran rakyat Malaysia dengan menyediakan bidang pekerjaan atau peluang pekerjaan yang baru. Tiga kumpulan utama pekerjaan dalam bidang pertanian, iaitu kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan. Ia akan memerlukan bilangan tenaga kerja yang besar untuk satu projek pertanian yang baru dimula.
Namun begitu, sistem perhubungan juga mampu dimajukan dengan perniagaan melalui pertanian. Contohnya, jalan raya telah dibina untuk memudahkan mengangkut hasil pertanian ke pelaburan pada zaman penjajahan British di Malaysia. Negara-negara maju yang lain di dunia juga terkenal dengan kemajuan sistem perhubungan mereka menerusi kegiatan pertanian. Hal ini menunjukkan kepentingan bidang pertanian yang memberi kesan kepada sistem perhubungan sesuatu kawasan. Hal ini kerana pesawat ringan, jalan kereta api dan kapal telah diwujudkan sejak dahulu lagi untuk memudahkan angkut hasil-hasil pertanian dari pedalaman ke bandar atau eksport ke negeri lain. Maka jelasnya bahawa industri pertanian mampu memajukan sistem perhubungan di sesebuah kawasan. Contohnya, pada zaman penjajahan Bristish di Malaysia landasan kereta api telah dibina bertujuan untuk eksport koko, kopi dan getah.
Akhirnya, kepesatan dan kemajuan industri pertanian di sesebuah negara akan membawa keuntungan yang lumayan kepada negara. Sektor perniagaan yang berasaskan pertanian memerlukan penjagaan yang rapi merupakan perkara yang tidak dapat dinafikan. Pelbagai usaha dan dasar memajukan sektor pertanian telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk selaras dengan dasar Wawasan 2020, iaitu Malaysia sebagai negara maju pada masa yang akan datang. Taraf hidup rakyat juga dinaikkan dan membantu membasmi kemiskian di negara ini.
3.0: POTENSI BIDANG PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN DI MALAYSIA.
Sejak Kemerdekaan, tiga Dasar Pertanian Negara telah digubal demi memajukan sektor pertanian, iaitu Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991) yang memberi tumpuan untuk membangunkan sektor pertanian yang bertujuan eksport, Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1997) yang memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan, dan Dasar Pertanian Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan daya saingan sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa. Bidang pertanian di Malaysia merupakan aktiviti yang terpenting dalam pembangunan negara.
Oleh demikian, potensi bidang pertanian dan industri asas tani sebagai perniagaan yang menguntungkan di Malaysia. Pihak kerajaan telah merancang untuk menjadikan sektor pertanian sebagai engin ketiga dalam pertumbuhan ekonomi selain daripada sektor perlombongan. Oleh itu, tanggungjawab Kementerian diperluaskan untuk merangkumi bidang industri tani. Tujuannya untuk sektor pertanian dan industri asas tani berpontensi dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan dari peringkat awal pegeluaran hingga ke peringkat akhir, iaitu dijual kepada pengguna. Fokus masa hadapan telah diberikan kepada industri asas tani selain daripada pengeluaran pertanian kerana industri asas tani boleh disertai oleh industri kecil dan sederhana.
Perniagaan berasaskan tani mampu menjana pendapatan yang menguntungkan melalui penyelidikan dan pemasaran yang diperkenalkan oleh pihak MARDI dan FAMA. Apabila pengusaha menitik berat aspek kualiti dan kuantiti akan menyebabkan harga pasaran hasil yang akan dijual pasti meningkat disamping memberi keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha. Dari sini kita dapat melihat kefungsian agensi pelaksana untuk memberi garis panduan terhadap kualiti pemasaran hasil tani. Proses tambah nilai dalam aspek pemprosesan, pengredan, pembungkusa dan pemasaran diberi keutamaan demi menambah lagi daya saingan setiap hasilan produk. Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke belakang kerana usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menaikan taraf hidup rakyat Malaysia serta membantu menambah hasil pendapatan negara. Kita juga telah berjaya menghasilkan pelbagai variasi, klon dan genetik tanaman baru dengan bantuan teknologi ICT yang terkini oleh bantuan agensi kerajaan. Para pengusaha ladang juga dapat menggunakan teknologi yang baru untuk menambahbaikkan sistem di ladang mereka serta meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran. Selain daripada itu, inovasi pertanian dan teknologi membolehkan penghasilan pelbagai produk daripada satu jenis tanaman. Contohnya, pokok kelapa boleh cipta penyapu lidi, sabun, minyak rambut dan penyucuk sate. Produk-produk ini sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan melalui strategi pemasaran yang berkesan. Selain itu, pengeluaran hasil tani boleh dieksport ke luar negara.
Selain itu, bidang pertanian di Malaysia juga berpontensi untuk dijadikan perniagaan apabila konsep agro-pelancong diperkenalkan. Konsep ini adalah dibangunkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) manakala aspek promosi dilakukan oleh Kementerian Pelancongan. Ia dikatakan berpotensi sebagai perniagaan yang menguntungkan kerana pertanian bukan hanya dijadikan sumber makanan sahaja. Pertanian juga boleh dinikmati hasil keseniannya dan Malaysia merupakan negara yang kaya dengan keindahan alam semula jadi. Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan disediakan kepada para pelancong dari luar negara. Antara aktiviti yang ditawarkan oleh agro-pelancongan adalah seperti lawatan ke dusun buah-buahan serta ladang ternakan, penyelidikan, rumah singgahan (home stay) dan lain-lain. Selain daripada menjadi pusat pelancong berasaskan pertanian, pelawat turut diajar tentang teknik pertanian moden.
4.0: CABARAN / HALANGAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN.
Pelbagai cabaran atau halangan yang perlu dihadapi oleh usahawan pertanian bagi memastikan bidang perniagaan berasaskan pertanian dapat tempat di pasaran negara ataupun antarabangsa. Terdapat tiga perkara utama yang menjadi cabaran serta halangan dalam memastikan bidang pertanian berasaskan pertanian kekal dan dikenali sebagai satu perniagaan yang menguntungkan kerana terhasil dari sumber alam. Cabaran atau halangan yang dihadapi adalah tanah dan pembangunan, bencana alam, modal dan lain-lain.
4.1: KEKURANGAN TAPAK TANAH DAN PEMBANGUNAN
Di Malaysia mempunyai tanah yang luas. Sesungguhpun begitu, kemodenan telah melangkaui segalanya di mana nilai harga setiap tanah semakin melonjak tinggi. Usahawan pertanian menghadapi masalah yang melibatkan tanah bagi tujuan pertanian kerana tanah digunakan untuk pembangunan. Sektor pertanian menghadapi masalah berkaitan kekurangan tanah yang subur untuk penanaman akibat proses perbandaran dan kemajuan industri. Secara tidak langsung akan menyebabkan jumlah pengeluaran pertanian menurun kerana bekalan tanah pertanian berkurang dan pelabur menjadi tawar hati dan tidak berminat dalam bidang ini. Apabila pengeluran pertanian turun maka pelabur akan mendapat keuntungan yang sikit sahaja. Keluasan tanah pertanian menjadi kecil dan tanaman menjadi terhad kerana dipenuhi bangunan konkrit atau kediaman.
4.2: BENCANA ALAM
Faktor bencana alam yang berterusan juga merupakan cabaran atau halangan yang dihadapi oleh bidang perniagaan berasaskan pertanian. Hal ini kerana bencana alam seperti banjir atau kemarau akan menyebabkan kemusnahan tanaman sekali gus menyebabkan kekurangan sumber makanan rakyat. Bencana alam yang berlaku akan menyebabkan ladang-ladang pertanian musnah dan ia merencatkan pengeluaran hasil tanaman. Pengusaha akan mengalami kerugian yang tinggi. Contohnya, musim kemarau tanaman tidak dapat hidup kerana kekeringan tanah akan menyebabkan pengusaha mengalami kerugian kerana tiada pengeluaran tanaman tetapi masih kena bayar upah tenaga kerja.
4.3: MASALAH MODAL
Modal merupakan salah satu input penting dalam kegiatan ekonomi. Banyak perkara yang perlu ditimbang sebelum nak menjadi seorang usahawan. Biasanya, pengusaha pertanian akan menghadapi masalah modal dari segi pusingan modal kerana cara atau takti pemasaran memerlukan seorang usahawan mengumpul modal yang lebih besar. Modal adalah penting untuk menanggung kos-kos pengeluaran oleh pengusaha pertanian. Selain itu, pengusaha juga akan mengalami masalah kekangan kewangan untuk membeli peralatan dan perkakasan yang canggih. Masalah kekurangan modal dan tiada bantuan kewangan daripada pihak lain sering memutuskan hasrat golongan belia untuk menjadi seorang usahawan daam bidang pertanian. Oleh itu, beberapa inisiatif telah disediakan oleh pihak kerajaan kepada usahawan tani seperti tawaran pinjaman kepada usahawan tani dari Bank Pertanian, iaitu Agro Bank. Segala pinjaman untuk penggunaan modal awal kena tertakluk kepada spesifikasi yang dipersetujui oleh pihak pengurusan atasan di bank tersebut. Seandainya gagal maka terhapuslah cita-cita seorang usahawan tani.
5.0: SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA PERNIAGAAN BERASAKAN PERTANIAN.
Dalam memastikan bidang pertanian boleh kekal dan terkenal di mata dunia sejajar dengan matlamat dasar kerajaan Malaysia, peruntukan sebanayk RM5.8 billion telah diberikan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam pembentangan bujet tahunan 2013. Selain itu, kerajaan di negara juga menyediakan sebanyak RM30 juta untuk pembangunan program pertanian yang terlibat penggunaan aplikasi berteknologi canggih dalam pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan. Namun demikian, pembekalan benih tanaman yang berkualiti juga termasuk dalam peruntukan kerajaan. Hasil pengeluaran tanaman akan dijual terus dari ladang dan tidak melalui orang tengah kaedah ini menyebabkan harganya stabil. Peruntukan yang diberikan oleh kerajaan turut digunakan untuk penambahbaikan institusi Latihan Pertanian untuk melahir usahawan pertanian yang cemerlang.
Selain itu, pihak kerajaan juga mempersiapkan sebanyak RM75 juta untuk meningkatkan kelancaran proses pengeluaran produk makanan atau kesihatan. Para petani diberi tumpuan utama dan bantuan oleh kerajaan tentang pengurusan kos pengeluaran dengan pemberian subsidi atau insentif pertanian secara berterusan.
Akhirnya, pihak kerajaan juga telah mewujudkan satu Kementerian dan Jabatan dengan agen pelaksan yang berkaitan dalam usaha memajukan bidang pertanian di Malaysia selaras dengan kemajuan yang sedang dikecapi oleh negara berteraskan pertanian. Senarai Kementerian, Jabatan dan agen pelaksanaan adalah seperti di bawah.
5.1: KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI (MOA)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) nerupakan langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam membantu sektor pertanian di Malaysia. MOA merupakan satu inisiatif yang mempunyai jabatan dan agensi pelaksanaan dibawah kepimpinan. MOA juga merupakan pemangkin yang sentiasa menerajui proses transformasi di dalam sektor pertanian dengan lebih bersepadu, terancang dan menyeluruh secara perkongsian pemikiran dan juga tenaga organisasi demi mencapai matlamatnya. Sektor pertanian merupakan penyumbang yang terpenting dalam ekonomi di negara Malaysia. Bidang Industri Asas TAni (IAT) berfungsi untuk memastikan peningkatan yang lebih tinggi dalam rantaian nilai selain dari peningkatan produktiviti sektor pertanian sahaja.
MOA juga memberi bantuan seperti Program Latihan Kemahiran Pertanian Malaysia melalui pendidikan untuk menggalakkan generasi muda melibatkan diri di dalam bidang pertanian sebagai pekerja yang mahr serta pengusahah bagi sektor pertanian yang bertaraf komersil dan berskala besar dengan teknologi yang moden. Pelbagai bantuan juga akan diberi dengan pemberian subsidi kepada sektor penanaman padi khusunya baja padi, harga padi, benih padi dan beberapa insentif lain seperti meningkatkan hasi padi atau pengeluran padi supaya dapat meringankan beban pengusaha dalam sektor pertanian.
Jabatan Pertanian, Jabatan pertanian Sarawak, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan banyak lagi merupakan jabatan atau agensi pelaksanaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
5.2: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP)
Matlamat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan adalah berfungsi untuk membantu mempertingkatkan ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah badan peranan yang khusus. Pertubuhan Peladang juga mambantu meningkatkan taraf ekonomi dan sosial dengan menambah pengetahuan dan kemahiran. Selain itu, ia juga membantu meninggikan hasi dan pendapatan dengan memperbaiki hidup serta wujud masyarakat yang progresif. Contohnya, satu Program Cabaran Siswatani 2011 telah dilancarkan dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor bersama Universiti Putra Malaysia. Program ini diadakan dan disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas yang berkonsep pertandingan menyatakan realliti bidang pertanian. Program ini memberi pendedahan berkaitan landskap sebenar perniagaan tani tempatan. Pendedahan tersebut juga melibatkan projek akuakultur. Ahirnya penghasilan tanaman akan dijual menerusi Karnival Siswatani.
5.3: INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI)
MARDI adalah satu agensi pelaksana yang diwujudkan pada tahun 1969 di bawah Akta MARDI 1969. Ia mula operasi sepenuhnya pada tahun 1971. Objektif utama MARDI ditubuhkan adalah untuk menjana dan mempromosi teknologi pertanian yang baru, wajar untu kemajuan industri makanan, pertanian dan industri tani. Fungsi-fungsi MARDI adalah menjalankan penyelidikan, pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat, nasihat berkaitan sains, teknikal dan ekonomi yang berkait industri makanan dan pertanian serta industri asas tani yang berkenaan dengan pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan tanaman. MARDI adalah pusat yang memberi perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian seperti perkhidmatan makmal analisis, perundingan, jaminan kualiti dan (Research & Development) kontrak. Setiap penyelidikan, inovasi dan latihan akan diberikan oleh MARDI sebagai bantuan kepada usahawan tani untuk maju dan menjadi platform kepada usaha dan pencapaian yang berterusan memberi hasil pertanian yang berlainan. Contohnya, penyelidikan bagi penanam padi “aerob” yang dijalankan oleh pihak MARDI. Hasil penyelidikan memberi kesan kepada potensi perniagaan dan keushawanan dal bidang pertanian.
5.4: LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merupakan agensi pemasaran di bawah Kemeneterian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Segala hal yang berkaitan pemasaran produk agromakanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta produk industri asas tani yang lain adalah tanggungjawabnya untuk memaju sektor pemasaran dosmetik ataupun anatarabangsa. Agensi ini memainkan peranan penting dalam aktiviti pemasaran hasil produk dan meningkatkan pendapatan pengeluar di samping memastikan produk pertanian industri asas tani tersedia. Produk pertanian juga akan dikawal dan dipasti perolehi pada harga yang mampu oleh pengguna. Antara usaha-usaha FAMA adalah memperkukuhkan bekalan melalui program ladang kontrak, memperluaskan akses pasaran dan meningkatkan eksport dan promosi pasaran tempatan. Selain itu, FAMA juga meningkatkan usahawan tani agromkanan dan peningkatan kecekapan khidmat pasaran. Beberapa program yang telah dijalankan oleh pihak FAMA adalah seperti berikut:
i. PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC)
Ia merupakan pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung berdekatan dalam perlaksanaan aktiviti bercorak nilai tambah yang tinggi. Penduduk boleh menjual produk pertanian, pembeli bekalan dan perkhidmatan untu pengguna pada harga yang rendah di RTC. Selain itu, penduduk juga boleh mendapatkan kemahiran atau perkongsian maklumat pertanian, menjalani latihan dan program pembangunan keusahwanan serta mendapat kemudahan bantuan kewangan.
ii. LADANG KONTRAK
Ia merupakan projek yang berimpak tinggi bagi membantu pengusaha pertanian berskala kecil atau sederhana supaya menjaminkan hasil pengeluaran pertanian mendapat keuntungan yang setimpal.
iii. PUSAT PENGUMPULAN (CC) DAN PUSAT PENGEDARAN (DC)
Pusat pengumpulan adalah untuk membantu meneyelesaikan masalah pemasaran pertanian melalui amalan pengendaran selepar tuai, peningkatan mutu penggredan, pelabelan dan pusat saluran info pertanian. Manakala pusat Pengedaran adalah sebahagian pusat penerimaan, tambah nilai dan mengedar hasil keluaran ke rangka pasaraya atau institusi lain.
iv. MALAYSIA BEST
Ini merupakan satu program untuk mewujudkan satu jenama paying yang berkualiti untuk promosi di pasaran tempatan dan luar negara.
v. SISTEM PEMADANANAN MAKLUMAT BEKALAN DAN PERMINTAAN
Ia merupakan sistem bersepadu oleh FAMA bagi memantau keseimbagnagan keadaaan pasaran. Tujuan utama adalah membantu pertumbuhan sektor pertanian melalui teknologi maklumat.
vi. PASAR TANI MEGA DAN GERAI BUAH-BUAHAN SEGAR
Pasar ini bermatlamat memberikan imej baru serta mengekalkan daya saing pasar tani. Ia diperkenalkan dengan ciri yang baru peragaan barangan yang lebih kemas dan mesra pelanggan. Gerai buah-buahan segar merupakan rangkaian gerai jualan milik usahawan sebagai alternative kepada pengguna mendapat buah-buahan yang segar dan bermutu tinggi.
vii. OLEMAS DAN AGROMAS
OLEMAS adalah jenama nasional dan barangan keluaran oleh perusahaan kecil dan sederhana. Manakala AGROMAS adalah jenama produk yang diedarkan oleh FAMA dan berpotensi untuk berkembang.
viii. PEMBANGUNAN SISTEM DAN KAWALAN PASARAN SERTA E-PERMIT
FAMA bertanggungjawab melaksanakan Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan seperti penggredan, pembungkusan dan pelabelan. FAMA juga menyediakan E-permit bagi membolehkan permit import dikeluarkan secara elektronik supaya jimat masa.
ix. MODAL INSAN
Mewujudakan pengurusan berkeupayaan yang strategik dalam menyokong FAMA sebagai organisasi berasaskan pengetahuan. Program yang dibangun untuk meningkatkan kompetensi di kalangan kakitangan serta usahawan.
PENUTUP
6.0: KESIMPULAN.
Sebagai kesimpulannya, bidang pertanian amat penting dalam sesebuah negara yang membangun dan maju. Kejayaan bidang pertanian adalah bergantung kepada usaha yang dicurahkan oleh seseorang individu sendiri. Dalam bidang pertanian, hasil usaha yang sepenuhnya tidak berbelah bahagi daripada penternak dan peladang yang mampu menjana hasil yang menguntungkan, selain itu, dengan bantuan pihak kerajaan yang diberikan dari segi kewangan ataupun peralatan yang moden juga sangat penting. Oleh itu, semua pihak dalam masyarakat haruslah sentiasa bersatu padu untuk memastikan slogan “Pertanian adalah Perniagaan” menjadi kenyataan menjelang tahun 2020.
7.0: RUJUKAN.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. (2013). Kisah kejayaan usahawan industri asas tani. Putrajaya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 2016. Penubuhan dan latar belakang.
http://www.mardi.gov.my bertarikh 10 November 2016.
http://inteketusahawan.blogspot.com/2016/09/pertanian-sebagai-perniagaan.html bertarikh 10 November 2016.
Noor Azilawati Mohd Sabda (2009), Sektor Pertanian Alaf Baru Peranan Agensi Kerajaan Selangor, Pintar Firus Sdn.Bhd.
https://bobex.wordpress.com/2007/03/19/industri-pertania-negara... bertarikh 10 November 2016
http://wanzugbk88.blogspot.com/2016/09/asas-keusahawanan-kepentingan-potensi,html bertarikh 10 November 2016
Siri Modul Kendiri PLK (UUM)
BPME 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
No comments:
Post a Comment