E-DAGANG
1.0 Pengenalan
Dilema utama yang berlaku dalam aktiviti perdagangan sejak dahulu ialah jarak yang jauh. Bagi memperluaskan dan memperkembangkan perniagaannya, pembekal perkhidmatan atau barangan perlu melebarkan pasarannya di mana ia akan melibatkan kos yang tinggi seperti kos pengangkutan, penyelenggaraan, penyimpanan dan sebagainya. Di samping itu, faktor waktu juga perlu diambil kira, lebih-lebih lagi jika melibatkan perdagangan antarabangsa diantara negara yang berbeza zon waktunya. Ini secara tidak langsung merumitkan bagi mereka berurusan. E-Dagang (kini lebih popular dengan istilah dotcom) merupakan satu cara atau mekanisma yang boleh membantu pembekal perkhidmatan/produk menyelesaikan masalah ini.
E-Dagang merupakan satu cara transaksi elektronik jalur lebar tanpa sempadan jarak atau waktu. Dalam talian jalur lebar, organisasi boleh menubuhkan pejabat maya yang dapat dikunjungi oleh pelanggan pada tanpa mengira waktu mahupun tempat. Contohnya kedai buku online, cenderamata, memorablia dll dapat mendirikan gedung ruangannya menerusi laman web selaku pejabat maya (lihat Amazon.com) Ini merupakan satu metodologi perdagangan yang sangat ideal dan mempunyai potensi besar untuk dikembangkan.
Perdagangan elektronik (e-dagang) adalah penggunaan rangkaian komputer di dalam aktiviti-aktiviti komersial. Peniaga menggunakan e-dagang untuk membeli dan menjual barang dan perkhidmatan, mewujudkan kesedaran korporat yang lebih tinggi, dan menyediakan perkhidmatan pelanggan. Walaupun banyak mempertimbangkan e-dagang menjadi sinonim dengan perdagangan di Internet, skop sebenar adalah jauh lebih besar. E-dagang merangkumi semua jenis tindakan perniagaan, termasuk transaksi yang berkaitan dengan pembelian dan penjualan barang (transaksi melalui 'mail order'), pelbagai jenis perkhidmatan dan pemindahan maklumat digital (imej, audio, teks dan perisian), semua yang dijalankan secara elektronik menggunakan internet untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pasaran dan perniagaan.
2.0 Sejarah dan Evolusi e-dagang
Perkembangan era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh dunia telah membawa perubahan dalam perniagaan yang kompetitif. Kewujudan dunia tanpa sempadan menyebabkan sesuatu perkara yang mustahil untuk dilakukan, kini dapat dilakukan dengan mudah berbantu kecanggihan teknologi ICT. Kemunculan teknologi Internet membawa satu perubahan besar terhadap gaya hidup penduduk dunia.
Internet menjadi pilihan utama oleh usahawan kerana kos perkhidmatan yang murah serta sesuai untuk syarikat bersaiz kecil dan sederhana yang mempunyai peruntukkan kewangan yang terhad. Awal kemunculannya, Internet hanya tertumpu kepada penggunaan elektronik mel (e-mel) dan perpindahan data daripada rangkaian sebuah komputer kepada komputer yang lain, kini bukan sahaja aplikasinya memberikan impak yang besar dalam kehidupan manusia, malah turut mempengaruhi dunia perniagaan yang sentiasa memerlukan perubahan positif
Penggunaan Internet di Malaysia bermula pada tahun 1990 apabila MIMOS Berhad melancarkan perkhidmatan JARING sebagai Penyedia Servis Internet (ISP) pertama, diikuti pelancaran ISP kedua oleh Telekom Malaysia (TM) pada tahun 1996. Keupayaan Internet membolehkan urusniaga dapat dilaksanakan melalui atas talian yang dikenali Elektronik Dagang atau E-Dagang. Dalam masa singkat, penggunaan E-Dagang telah dijadikan sebagai medium perantara dalam pelbagai aktiviti syarikat, ia menjadi pilihan di kalangan ahli perniagaan sebagai pengganti kepada sistem konvensional.
Penggunaan E-Dagang dalam urusniaga bukan sahaja sebagai medium pembangunan yang penting, malah sebagai detik pembaharuan dalam menerokai strategi pemasaran yang lebih luas sehingga ke peringkat global. Penggunaan E-Dagang dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah lama direalisasikan di kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Australia. Ia bukan sahaja meliputi aktiviti urusniaga dan operasi syarikat, malah mencakupi perkongsian maklumat di kalangan usahawan.
Kecanggihan E-Dagang mendorong usahawan Kecil dan Sederhana (KS) untuk melibatkan diri walaupun teknologi tersebut tidak diaplikasi sepenuhnya dalam urusniaga. Selain itu, terdapat pelbagai tawaran insentif menarik seperti potongan cukai, kemudahan pinjaman modal, latihan serta khidmat nasihat oleh agensi Kerajaan sebagai galakan penggunaan E-Dagang dalam sektor PKS di Malaysia.
Berdasarkan Laporan Tahunan PKS (2006), Kerajaan Malaysia telah menyediakan peruntukan sebanyak RM12.9 billion untuk meningkatkan penggunaan teknologi ICT khasnya E-Dagang dalam sektor PKS, ia sebagai usaha memperkukuhkan lagi sistem pengurusan dan pengeluaran sektor terbabit. Selain itu, beberapa agensi Kerajaan seperti Perbadanan Penbangunan Teknologi Malaysia (MTDC), SME Corp dan Perbadanan Biotek Malaysia (MBC) turut memberi kerjasama dalam memperkenalkan teknologi ICT khasnya E-Dagang kepada usahawan.
Kebanyakan usahawan di Malaysia terutamanya yang beroperasi di kawasan luar bandar masih cenderung menggunakan kaedah konvensional kerana kurang pendedahan tentang kaedah E-Dagang. Kaedah konvensional adalah berbeza dengan kaedah E-Dagang kerana kaedah konvensional memerlukan lokasi dan premis untuk beroperasi, kawasan pemasaran dan waktu urusniaga yang terhad, aktiviti jual beli hanya dilakukan secara fizikal serta melibatkan penggunaan kertas yang banyak dalam penyediaan dokumen, invois dan resit. Penggunaan Internet secara maksima dalam urusniaga dapat meningkatkan kemahiran usahawan menggunakan E-Dagang, malah kawasan pasaran yang semakin luas, waktu urusniaga yang tidak terhad, pengurangan kos operasi dari segi pengiklanan dan promosi serta membantu meminimumkan penggunaan kertas.
3.0 Kepentingan e-dagang dalam perniagaan
Kewujudan e-dagang membolehkan setiap pengguna membuat pilihan walau berada dimana-mana sahaja tidak kira dirumah mahupun pejabat, sebarang bentuk keselesaan adalah terletak di kalangan pengguna itu sendiri. Selain itu, e-dagang membolehkan transaksi dilakukan secara elektronikdan mudah diuruskan. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos dari segi masa dan tenaga, malah sesuatu produk yang sukar ditemui boleh didapati menggunakan konsep e-dagang dimana setiap pelanggan berupaya mengakses maklumat dan membuat pilihan.Asas utama perlaksanaan e-dagang secara global adalah melalui medium internet. Penggunaan internet pada hari ini telah menyaksikan perniagaan ini sering mendapat tempat di kalangan pengguna. Sebagai contoh, laman web amazon.com sering kali menjadi tumpuan pelanggan untuk melakukan urusan dan transaksi. Tidak ketinggalan juga di Malaysia, laman web lazada.com.my turut menjadi tumpuan pelanggan dalam berurusniaga.
Kewujudan sistem e-dagang ini juga telah merancakkan lagi aktiviti perniagaan dan juga transaksi kewangan tanpa had masa dan juga sempadan. Segala jenis perhubungan dan juga penyebaran informasi perdagangan telah menjadi titik penting dalam usaha untuk mengembangkan dan juga memperluaskan penggunaan sistem e-dagang secara global. Penggunaan e-dagang secara global telah menyaksikan wujudnya satu entiti perniagaan moden yang berkonsepkan teknologi maklumat atau dipanggil sebagai perniagaan maya.Akan tetapi, isu utama yang turut ditekankan adalah mengenai keselamatan maklumat peribadi. Rata-rata pengguna masih lagi berwaspada dan ragu-ragu terhadap keselamatan transaksasi melalui talian dimana terdapat kemungkinan maklumat peribadi mereka serta nombor kad kredit akan dipintas oleh penggodam sistem komputer. Namun begitu dengan kemunculan teknologi seperti Secure Electronic Transaction (SET), Secure Socket Layer (SSL), peningkatan keselamatan Firewall diharapkan dapat membantu mengurangkan kegusaran pelanggan. Sebagai contoh, teknologi SET memerlukan pembeli, penjual dan pihak bank berdaftar dengan badan persijilan tertentu bagi mengesahkan identiti mereka semasa melakukan urusniaga. Pengesahan ini akan dilakukan secara luar talian seperti melalui telefon, faks dan sebagainya.
Kemunculan e-dagang menyebabkan kebanyakan perniagaanberalih kepada konsep teknologi maya. Rata-rata usahawan beranggapan konsep e-dagang dapat membantu dalam mengembangkan perniagaan kerana internet dapat diakses dimana-mana sahaja. Penggunaan internet dapat membantu orang ramai dalam mendapatkan maklumat mengenai sesuatu produk dan perkhidmatan. Kemunculan e-dagang yang kini mendapat perhatian orang ramai harus diberi perhatian dan dimanfaatkan sepenuh oleh usahawan-usahawan di Malaysia kerana ia memberikan pulangan yang menguntungkan. Antara kepentingan-kepentingan e-dagang dalam perniagaan adalah seperti berikut:
3.1 Transaksi yang dijalankan melalui cara ini sebenarnya banyak membuka peluang kepada para peniaga serta pelanggan untuk menjalankan perniagaan serta mendapatkanprodukyang mereka ingini dengan lebih cepat serta efektif. Sistem ini juga dilihat sebagai salah satu dari jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh firma-firma perniagaan di masa lalu. Kewujudan sistem ekonomi seumpama ini kemungkinan akan memberi kesan secara serius kepada penggunaan kertas, wang serta cek di masa-masa akan datang. Penggunaan e-dagang dapat membantu usahawan mengembangkan perniagaan. Globalisasi yang berlaku pada hari ini menyebabkan wujudnya jaringan dunia tanpa sempadan dan semua maklumat berkaitan dengan perniagaan dapat diakses dengan mudah.
3.2 Penggunaan e-dagang dapat meningkatkan produktiviti para usahawan dimana mereka dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan cepat dan pantas melalui penggunaan medium seperti blog, emel dan medium-medium yang lain. Dengan penggunaan e-dagang para usahawan dapat memperoleh maklumat dan maklum balas daripada pengguna dengan lebih tepat dan cepat. Ini dapat meningkatkan lagi mutu sesuatu produk atau perkhidmatan yang dijalankan.
3.3 Dengan menggunakan perkhidmatan e-dagang, syarikat tidak perlu memiliki saiz firma yang besar bagi meyakinkan pengguna malah dengan adanya rangkaian perkhidmatan talian yang kukuh dan berkesan ia boleh meyakinkan para pengguna. Secara tidak langsung, perkembangan teknologi telah menyebabkan kehidupan manusia bergerak ke arah yang lebih kompleks dan dinamik. Dengan bantuan e-dagang, proses perhubungan dan komunikasi menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
3.4 Penggunaan e-dagang adalah berkonsepkan mesra pelanggan, dimana ia merupakan satu platform pencarian produk yang lebih mudah, padanan dan kenyataan spesifikasi produk yang boleh mengurangkan kos pelanggan, sistem pembayaran elektronik yang selamat, kaedah penghantaran produk yang terjamin serta reaksi yang pantas ke atas pertanyaan pelanggan. Dengan adanya e-dagang, pelanggan mempunyai kebebasan dalam membuat keputusan pembelian kerana mereka mempunyai banyak pilihan dari pelbagai syarikat lain. Penggunaan e-dagang juga dapat membantu para usahawan membekalkan lebih banyak maklumat penting kepada syarikat untuk mengenalpasti dan membuat inovasi dalam sesuatu produk.
4.0 Tahap penggunaan e-dagang di Malaysia
Tahap penggunaan e-dagang memberi penekanan terhadap taburan kekerapan bagi penggunaan jenis e-dagang, jangka masa telah menggunakan e-dagang, waktu menggunakan e-dagang, dan lokasi pengguna yang menggunakan e-dagang (Jadual 1).
Jadual 1
Daripada jadual 1, didapati bahawa lebih separuh daripada pengguna pernah menggunakan jenis e-dagang iaitu terdiri daripada Consumer-to-Government (C2G) iaitu sebanyak (63.3%) dan Consumer-to-Consumer (C2C) sebanyak (61.3%). Bagi jangka masa menggunakan e-dagang, majoriti adalah di antara satu hingga dua tahun yang mewakili sebanyak 24.7 peratus. Waktu yang dipilih oleh pengguna untuk melakukan e-dagang pada waktu malam sebanyak 54.7 peratus dan diikuti oleh waktu pagi sebanyak 40.7 peratus. Seterusnya jenis lokasi yang menjadi pilihan utama pengguna dalam melakukan e-dagang adalah di rumah sebanyak 76.7% dan diikuti di pejabat sebanyak 70.7%. Jenis kategori bagi jenis e-dagang, waktu, dan lokasi menggunakan e-dagang tidak boleh dicampurkan dari segi peratusannya kerana jawapan adalah lebih daripada satu.
Seterusnya melihat kepada jumlah masa yang diperuntukkan oleh pengguna terutama dari segi tempat yang dipilih. Antara tempat yang dipilih untuk melakukan urusan e-dagang ialah di rumah, pejabat, kafe siber, dan lain-lain (merujuk kepada Jadual 2).
Jadual 2
Menurut jadual 2, hampir separuh iaitu sebanyak 46.1% pengguna memperuntukkan jumlah masa kurang dari 59 minit bagi tempat di rumah, manakala di tempat pejabat pula mendapati majoriti pengguna, iaitu seramai 72 orang (67.9%) pula memperuntukkan masa juga kurang dari 59 minit. Bagi tempat kafe siber dan lain-lain pula, terdapat sebilangan kecil sahaja pengguna yang mengakses e-dagang di tempat tersebut. Ia mewakili sebanyak empat orang pengguna bagi tempat kafe siber yang majoriti daripadanya (50%) memperuntukkan masa kurang daripada 59 minit. Begitu juga untuk tempat lain-lain yang mendapati majoriti (66.7%) daripada keseluruhan pengguna mengikut Jadual 2 yang menjawab iaitu enam orang memperuntukkan masa di kawasan tersebut juga kurang dari 59 minit. Tempat lain-lain yang dinyatakan oleh responden adalah seperti di bank dan kedai makan yang memiliki akses Internet.
Jadual 3
Jadual 3 pula menerangkan bagi masa mengguna, jangka masa yang diambil, dan kali terakhir menggunakan e-dagang. Daripada hasil kajian yang diperoleh mendapati bahawa majoriti (32%) pengguna adalah menggunakan e-dagang secara tidak menentu. Jangkamasa yang diambil untuk menjalankan satu-satu urusan e-dagang pula hampir separuh daripada keseluruhan pengguna mengambil masa kurang dari 30 minit iaitu sebanyak 48 peratus. Sementara itu, tempoh masa terakhir pengguna yang melakukan urusan e-dagang kebanyakan daripada mereka adalah kurang dari sebulan yang lepas, iaitu sebanyak 67.3 peratus.
5.0 Cabaran/ Halangan penggunaan e-dagang
Perlaksanaan sesuatu teknologi sudah pasti akan perlu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam mencapai kejayaan ataupun sebaliknya. Ini semua akan perlu dihadapi terutamanya apabila ianya melibatkan proses penenerimaan penggunaan sesuatu teknologi di dalam urusan kerja dan juga aktiviti kehidupan masyarakat setempat seharian. Teknologi seperti e-dagang ini memerlukan perancangan yang terancang dan juga teratur. Ini adalah untuk memastikan ianya boleh diterima dengan mudah oleh semua pengguna sebagai sebahagian daripada aktiviti seharian.
Perlaksanaan sesuatu teknologi bergantung kepada pihak bertanggungjawab dalam melaksanakan segala pengoperasian teknologi tersebut agar semua dapat memanfaatkannya dan akhirnya mencapai kejayaan dalam penggunaan sesebuah teknologi yang dijana. Teknologi e-dagang ini diwujudkan bagi memudahkan pengguna supaya menjalankan segala urusan seharian tanpa sebarang kerumitan. Pengguna yang dimaksudkan sama ada daripada pembekal, pengurus, pembeli mahupun pelanggan. E-dagang adalah satu perkhidmatan yang sangat berguna kepada individu yang mementingkan urusan yang cepat,cekap serta telus dan ia jugamerupakan salah satu aktiviti rutin harian dalam kehidupan seseorang individu pada zaman berteknologi kini. Selain itu juga, e-dagang juga dapat menjimatkan kos dan masa.
Penggunaan e-dagang ini tidak hanya tertumpu kepada soal perniagaan semata-mata, malahan ia juga turut melibatkan urusan seharian. Sebagai contoh, seperti urusan perbankan, pembayaran bil utiliti, cukai, saman dan juga sebagainya. Para pengguna yang menggunakan sistem e-dagang ini akan mendapat pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh e-dagang. Antara kelebihan yang boleh dinikmati ialah ianya memudahkan, dapat menjimatkan masa serta kos. Pengguna dapat mengelakkan kesesakan jalan raya, tidak perlu beratur di kaunter perkhidmatan yang disediakan. Kesesakan ini sering di hadapi oleh para pengguna terutamanya ketika hendak melakukan urusan pembayaran bil, saman, cukai dan sebagainya.
Cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh e-dagang bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan di seluruh dunia. Tidak semua golongan masyarakat dapat menerima dengan baik teknologi baru yang diperkenalkan. Hanya sebahagian yang berminat menggunakan perkhidmatan e-dagang ini dalam urusan kerja dan juga aktiviti seharian. Negara Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sedang pesat membangun turut mengalami kerencatan perkembangan berhubung dengan sistem e-dagang ini. Kebanyakan organisasi di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan ini kepada para pelanggan masih lagi berada di peringkat awalan. Organisasi-organisasi ini memerlukan lebih banyak masa untuk diterimaguna sepenuhnya. Tidak semua organisasi mempunyai kecenderungan untuk menggunakan sistem e-dagang ini.
Cabaran yang dihadapi oleh sistem e-dagang kini membantutkan perkembangannya pada masa hadapan. Sekiranya pihak organisasi yang bertanggungjawab kurang mengambil inisiatif terhadap perkembangan sistem e-dagang ini, maka penggunaan dan juga perkembangan e-dagang juga akan turut menjadi perlahan.Cabaran yang dihadapi oleh sistem e-dagang di luar negara juga turut memberi sedikit sebanyak impak terhadap perkembangan e-dagang di Malaysia. Ini semua berlaku kerana masyarakat di Malaysia amat sukar untuk menerima terus sesebuah teknologi baru tanpa adanya sebarang bukti atau pun perkembangan yang positif daripada negara luar tentang kejayaan sesebuah teknologi baru. Kebanyakan pengguna lebih selesa dan yakin untuk melakukan urusan pembelian di pasaraya dan kedai berbanding dengan membeli di laman internet ataupun secara atas talian. Selain itu juga, pengguna juga turut berasa kurang yakin serta risau terhadap sistem keselamatan yang digunakan oleh e-dagang. Oleh hal yang demikian, ianya menjadi cabaran buat perkembangan e-dagang di Malaysia.
Pihak kerajaan sedar akan kepentingan perkembangan e-dagang. Ia merupakan salah satu aplikasi perdana yang diberikan penekanan oleh pihak kerajaan untuk diperkembangkan dan juga diperluaskan penggunaannya di kalangan penduduk setempat. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam RMK-8, RMK-9 serta RMK-10. Di samping itu juga, prasarana dan juga infrastruktur kini giat dibangunkan bagi memudahkan urusan perlaksanaan menyeluruh ke segenap tempat dan juga kawasan. Kemudahan yang disediakan ini akan menjadi satu pembaziran sahaja sekiranya ianya tidak dimanfaatkan dan tidak digunakan semaksimum mungkin oleh setiap masyarakat. Pihak kerajaan perlu memainkan peranan dan memberi lebih penekanan dan pendedahan yang sewajarnya mengenai e-dagang terlebih dahulu sebelum seseorang individu itu mahir dan mampu menggunakan sistem e-dagang ini berasa lebih yakin dan tanpa sebarang keraguan.
Dalam pelaksanaan penggunaan e-dagang, beberapa halangan dan cabaran lain yang turut dikenalpasti adalah seperti faktor sosio-ekonomi, isu e-kesediaan dan juga isu kebudayaan. Selain itu juga, faktor menarik pengeluaran global, melindungi peniaga baru, menarik dan juga mengekalkan perniagaan dan juga pelanggan, menghasilkan sumber manusia yang berkemahiran, menyokong dasar kerajaan, peraturan dan juga infrastruktur maklumat yang berkualiti tinggi dapat menentukan perkembangan e-dagang yang menyeluruh sekiranya faktor - faktor tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Ini mampu menjana ke arah perkembangan yang positif. Sekiranya faktor tersebut gagal dilaksanakan, ia secara tidak langsung akan menjadi penghalang kepada pertumbuhan sistem e-dagang.
E-dagang tidak hanya tertumpu kepada penggunaan mesin atau komputer sahaja. Malahan, ia turut melibatkan banyak fasiliti dan juga infrastruktur termasuklah internet yang berkelajuan tinggi. Kemudahan asas tersebut dilihat menjadi sebagai nadi utama dalam menentukan perkembangan yang pesat terhadap penggunaan sistem e-dagang. Namun, usaha ini akan menjadi sia - sia andai segala kelengkapan tersebut masih lagi tidak mampu dipenuhi.Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan terhadap perkembangan e-dagang itu sendiri. Pembangunan dan juga perancangan dalam IT kini semakin giat direncanakan dan juga diaplikasikan dari segenap sudut. Pada masa kini, banyak negara telah mula menitikberatkan pembangunan infrastruktur dan juga fasiliti. Pembangunan yang dimaksudkan ini terutamanya dalam bidang ICT. Ini adalah bagi menghadapi dunia siber kini yang semakin mencabar pada masa yang akan datang kelak.Pembangunan pelan IT yang paling ditekankan sehingga kini adalah e-dagang.
E-dagang kini telah mula menjadi perhatian dunia apabila ianya telah pun dikenalpasti sebagai penggerak utama ke arah pertumbuhan pesat ekonomi sesebuah negara. Peningkatan dalam industri eksport dan import akan turut meningkatkan perniagaaan dan juga potensi ekonomi yang lebih baik bagi sesebuah negara. Keterbatasan dalam menyediakan pelan dan juga struktur bagi memenuhi kehendak dan juga keperluan e-dagang akan mempengaruhi dan juga memberi kesan terhadap pertumbuhan e-dagang. Terdapat beberapa faktor yang berkaitan dengan halangan dalam usaha mengembangkan penggunaan e-dagang ini. Antaranya ialah berkenaan dengan fasiliti dan juga infrastruktur. Contohnya seperti penyediaan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar. Masalah ketidakcukupan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar ini merupakan faktor utama yang menjadi penghalang dan juga kekangan terhadap perkembangan e-dagang dalam sesebuah negara. Perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi amat diperlukan bagi memenuhi keperluan maklumat dalam laman sesawang kepada para pelanggan. Hal ini demikian kerana, maklumat dan juga informasi yang berkaitan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan perlulah disediakan oleh pembekal. Para pengguna akan mendapat maklumat tersebut menerusi laman sesawang. Hal ini akan memberikan impak yang positif apabila pengguna akan turut melakukan proses pembelian dan juga kegiatan perdagangan menerusi internet. Di samping itu juga,akses internet yang mahal juga menjadi penghalang kepada sesebuah organisasi perniagaan dan juga para pelanggan untuk mencari maklumat dan juga info yang berkaitan dengan produk yang dikehendaki. Sekiranya kos untuk mengakses internet melibatkan kos yang tinggi, ianya akan menjadi masalah kepada para peniaga dan juga pelanggan. Masalah ini juga akan turut mambantutkan perkembangan khasnya untuk e-dagang. Ini kerana asas utama bagi sistem e-dagang adalah penggunaan internet. Kos internet yang mahal dan tinggi pastinya akan menyukarkan banyak pihak. Di samping itu juga, masalah ini akan menyumbang kepada halangan untuk membeli sesuatu perkhidmatan atau produk melalui internet.
6.0 Faktor-faktor pendorong penggunaan e-dagang
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengguna bagi menggunakan e-dagang yang telah dikenal pasti oleh pengkaji, iaitu kebergunaan, mudah digunakan, pengaruh sosial, kepercayaan, kos, dan keselamatan.
6.1 Kebergunaan dan Kemudahgunaan
Berhubung dengan penggunaan teknologi terkini, iaitu mel elektronik (e-mel) dan tahap penerimaan pengguna terhadap sistem berkenaan, faktor kebergunaan sangat penting dan berguna dan faktor mudah digunakan sangat mempengaruhi. Faktor kebergunaan mempunyai tahap signifikan yang kuat terhadap penggunaan sistem e-mel. Oleh yang demikian, faktor ini mempengaruhi keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah teknologi.
Faktor kebergunaan memiliki hubungkait yang paling kuat terhadap penerimaan perbankan Internet. Faktor lain seperti faktor mudah digunakan, Tahap Hubungan antara Pelbagai faktor Terpilih dengan Keinginan Menggunakan E-Dagang risiko terhadap perbankan Internet, dan kepembaharuan peribadi dalam teknologi maklumat (IT) turut memiliki hubungan yang positif dengan menerima guna perbankan Internet. Pembolehubah kebergunaan memiliki hubungan positif yang dapat mempengaruhi penggunaan perbankan Internet. Selain itu, faktor mudah digunakan turut memberi kesan terhadap keinginan seseorang untuk membeli mahupun menjual secarai online atau secara offline. Hal ini menunjukkan bahawa seseorang pengguna boleh cuba mengenal pasti atau mencuba sesebuah aplikasi yang disediakan sama ada ia mudah digunakan atau sebaliknya dan seterusnya mempengaruhi seseorang pengguna untuk terus mencuba atau menggunakan sistem tersebut atau memberhentikannya. Justeru, mudah digunakan merupakan faktor penting yang memberi kesan secara langsung kepada pengguna sama ada mahu membeli secara online atau sebaliknya.
6.2 Pengaruh Sosial
Faktor lain yang mempengaruhi seseorang pengguna untuk menggunakan sesebuah aplikasi yang baharu seperti e-dagang ialah faktor pengaruh sosial. Pengguna lebih suka memberi cadangan dan saranan berkaitan sesuatu perkhidmatan yang digunakan kepada orang lain sekiranya mereka berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan. Mereka lazimnya akan memberitahu dan menyarankannya kepada rakan mereka yang terdekat supaya turut mencuba dan menggunakan system tersebut.
Pengaruh sosial turut memberi kesan yang lebih mendalam terhadap penerimaan pengguna terhadap sistem m-dagang. Hal ini menunjukkan pengaruh sosial sebenarnya memiliki kesan yang lebih mendalam terhadap penerimaan sesuatu aplikasi seperti m-commerce.
6.3 Kepercayaan
Faktor kepercayaan adalah penting dalam hal yang berkaitan dengan risiko dan pertukaran menerusi elektronik. Ini menunjukkan bahawa faktor kepercayaan diberi keutamaan oleh pengguna apabila melibatkan penggunaan sesebuah aplikasi dalam sesebuah laman Jurnal Pengajian Media Malaysia / Malaysian Journal of Media Studies sesawang. Selain itu, faktor kepercayaan merupakan aspek yang sangat penting dan rumit dalam suasana persekitaran seperti e-dagang dan m-commerce berbanding dengan perdagangan secara konvensional. Faktor kepercayaan juga merupakan faktor asas dalam sesebuah laman web e-pembelian Penerimaan terhadap faktor kepercayaan yang tinggi dalam sesebuah laman sesawang e-pembelian dapat mempertingkatkan tahap keyakinan pengguna. Hal ini menunjukkan bahawa faktor kepercayaan merupakan faktor penentu sama ada pengguna sesebuah aplikasi tersebut akan menggunakan aplikasi terbabit atau tidak.
6.4 Kos
Terdapat hubungan yang negatif antara kos e-dagang dengan sumber teknologi e-dagang dan dimensi rangkaian perniagaan menerima dan menggunakan e-dagang. Ini jelas menunjukkan bahawa apabila semakin tinggi kos daripada e-dagang tersebut, maka semakin bertambah halangan untuk menerima dan menggunakan e-dagang seperti yang dijangkakan. Oleh itu, faktor kos merupakan faktor yang penting dalam menerima dan menggunakan sesebuah inovasi. Malahan, faktor kos merupakan salah satu sebab yang menjadi halangan terhadap penggunaan perbankan Internet di Singapura dan Australia. Kesedaran terhadap kos memiliki hubungan yang signifikan terhadap kecenderungan perbandingan pembelian secara di atas talian. Pengguna membandingkan terlebih dahulu kos yang ditawarkan dalam sesebuah laman sesawang sebelum melakukan pembelian. Sehubungan dengan itu, pengguna amat menitikberatkan perkara berkenaan dengan kos dalam menggunakan aktiviti yang berkaitan dengan e-dagang.
Harga ditakrifkan sebagai jumlah kos kewangan kepada pengguna untuk membeli. Justeru, harga dan kos yang berpatutan merupakan motivasi utama seseorang pengguna online dalam melakukan urusan pembelian menerusi laman sesawang.
6.5 Keselamatan
Faktor keselamatan juga sering dibincangkan dan digunakan oleh para sarjana sebagai pemboleh ubah yang mempengaruhi keinginan pengguna untuk menggunakan sesuatu aplikasi yang baharu seperti dalam aplikasi perbankan elektronik. Di samping itu, penggunaan transaksi menerusi elektronik atau Internet tidak dapat menjamin keselamatan 100 peratus memandangkan terdapat kes Tahap Hubungan antara Pelbagai faktor Terpilih dengan Keinginan Menggunakan E-Dagang pencerobohan seperti kecurian kata laluan akaun (atau dikenali sebagai phishing), penggodaman, kod berniat jahat, spam, gangguan, percubaan penembusan untuk mendapatkan informasi sulit, dan sebagainya. Justeru, faktor keselamatan merupakan faktor yang paling penting dalam menjalankan urusan yang melibatkan urusan transaksi seperti urusan pembelian secara online atau menerusi kad kredit atau kad debit. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara faktor keselamatan dan kerahsiaan berhubung dengan keinginan seseorang pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem. Faktor keselamatan dititikberatkan oleh seseorang pengguna dalam menggunakan sesuatu syim yang baharu seperti aplikasi e-dagang.
7.0 Kesimpulan
E-dagang adalah merupakan aliran utama yang membolehkan sesuatu perniagaan. Menjual dan membeli barangan dan perkhidmatan kepada pengguna secara global. E-dagang juga diistilahkan sebagai hubungan antara pelanggan dengan organisasi yang bukan hanya berlaku sekadar untuk berkomunikasi menerusi laman sesawang, malah membolehkan proses pembelian barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi dilakukan.
E-dagang adalah suatu proses pembelian, penjualan, pemindahan, pelayanan, atau pertukaran produk, perkhidmatan, atau informasi menerusi rangkaian komputer, termasuklah Internet. Selain itu, e-dagang turut dijelaskan sebagai aktiviti-aktiviti perniagaan yang dilakukan dengan menggunakan pelantar Internet dan melalui laman sesawang secara khususnya.
No comments:
Post a Comment